PENCARIAN MAKLUMAT MELALUI INTERNET
Banyak kini diperkatakan mengenai Internet dan maklumat yang boleh diperolehi melaluinya. Teknologi terkini ini berpotensi untuk menjadi penyebar maklumat yang boleh menyumbang kepada maklumat yang berguna untuk sesuatu pengumpulan maklumat atau penyelidikan yang sedang dijalankan. Adalah amat penting kita mengetahui strategi pencarian yang patut digunakan apabila ingin mendapatkan maklumat yang menepati keperluan kita. Dengan ini ianya akan dapat menjimatkan masa pencarian. Artikel ini ditulis dengan objektif untuk memberi penerangan ringkas semua mengenai pencarian maklumat yang berkesan melalui WWW khusus untuk semua pengguna yang baru ingin mencuba menggunakannya. Sebelum mengetahui kaedah pencarian tersebut, kita perlu mengetahui beberapa perkara asas mengenai Internet.
Apakah Internet?
Internet secara umumnya merujuk kepada gabungan jaringan komputer yang berkomunikasi menggunakan sistem pertuturan yang sama dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Ia berfungsi sebagai satu rangkaian yang besar menghubungkan badan kerajaan, komersial, Institusi Pendidikan dan individu di seluruh dunia.
Tiap komputer mempunyai nombor IP iaitu sinonim bagi alamat internet yang berbeza antara satu sama lain. Alamat IP merupakan nombor yang merujuk kepada sesebuah komputer. Ia terdiri dari 4 angka yang dipisahkan oleh titik (dot). Contohnya ialah 161.139.36.1 bagi Sistem Perpustakaan Sultanah Zanariah. Selain dari alamat IP, sese-buah komputer juga boleh dikenali melalui "Domain Name System (DNS) yang mudah diingati berbanding dengan alamat IP. Contoh "DNS entry" ialah "psz.utm.my" atau "lib.usm.my". Sistem ini menggunakan hanya abjad yang membahagikan peringkat-peringkat rangkaian sesebuah komputer menggunakan titik (dot). Antara "domain" adalah :
- .com - Syarikat komersial
- .edu - Institusi Pendidikan
- .net - Perkhidmatan rangkaian seperti Internet NICs (Network Information Centers)
- .org - Organisasi yang kebanyakkannya tidak ber-asaskan keuntungan
- .mil - Jaringan Institusi Ketenteraan
- .gov - Organisasi Kerajaan
- .uk - United Kingdom
- .de - germany
Kemudahan yang diberikan oleh Internet
Internet menyediakan ber-bagai kemudahan yang antara lainnya termasuklah Telnet iaitu mengakses sesebuah komputer dari jarak jauh, ‘IRC chat’ iaitu berbual dengan individu lain di merata dunia, menghantar dan menerima mel, rangkaian ‘newsgroup’, memindahkan fail antara satu komputer dengan komputer yang lain (ftp) dan akses ke WWW (World Wide Web).
WWW
‘World Wide Web’ merupakan kemudahan dari Internet yang begitu popular di seluruh dunia masakini. Dengan jangkamasa yang singkat ia telah menjadi begitu popular di peringkat global sejak ianya dimulakan oleh dua orang ahli fizik iaitu Tim-Berners-Lee dan Robert Cailliau di European Particle Physics Laboratory (CERN) Geneva, Switzerland pada tahun 1990. Dari hanya sebanyak 500 tapak Web pada tahun 1990, ia telah meningkat kepada 11,500 pada tahun berikutnya dan tidak dapat dipastikan jumlah sebenar tapak Web yang ada kini.
Terdapat beberapa konsep dalam WWW yang harus difahami. Ini termasuklah pelayar WWW (WWW browser) yang memaparkan fail ‘hypertext’ untuk membolehkan-nya dibaca. Antara ‘browser’ yang popular adalah Netscape, Mosaic, Cello dan Winweb.
Apa itu hypertext?
Hypertext adalah satu bentuk teknologi yang membolehkan teks dihubungkan diantara satu sama lain. Ia membolehkan pembaca mendapat maklumat yang berkaitan dengan hanya menekan perkataan yang dihubungkaitkan (linkable word) atau ‘hot button’. Hypertext bersifat interaktif dengan menunjukkan hubungkait antara satu perkara dengan perkara yang lain. Pencarian ini memberi peluang kepada pembaca membuat perayauan di Web dan mendapat maklumat dengan lebih mendalam bagi sesuatu tajuk/perkara yang ingin diketahui. Kini terdapat pula konsep ‘hypermedia’ yang mampu memberi imej, bunyi, klip video dan lain-lain media yang mampu diterjemahkan oleh komputer.
HTML (Hypertext Markup Language)
HTML merupakan bahasa penghubung bagi Web. Ianya merupakan format kod sumber dimana tapak Web dibentuk dan maklumat darinya disebarkan. HTML adalah berdasarkan format standard untuk membentuk dokumen yang dikenali sebagai SGML (standard generalized markup language). HTML ditulis dalam bentuk teks ASCII yang mudah. Apabila kita menggunakan HTML, kita boleh mengedit dengan menggunakan mana-mana editor teks.
URL (uniform resource locator ) URL merupakan alamat yang mengenalpasti sesuatu tapak Web yang ingin dihubungi. Ianya membolehkan manusia dan pelayar Web mengetahui dengan tepat di-mana dan bagaimana untuk mendapatkan maklumat/fail tertentu.
Isu yang terlibat dengan Internet
Cabaran dalam menggunakan WWW kini adalah terdapatnya terlalu banyak maklumat daripada jutaan sumber dari seluruh dunia. Kita kini dibanjiri oleh maklumat yang kadangkalanya tidak berkualiti. Adalah menjadi satu masalah untuk kita menilai maklumat yang disediakan didalam Internet memandangkan tiadanya sekatan atau tapisan untuk men-yumbang maklumat ke WWW. Timbul juga masalah untuk mendapatkan kembali maklumat memandangkan terlalu banyak maklumat sedangkan masa kita untuk menggunakan sistem ini adalah terhad. Tentunya amat mengecewa-kan jika hasil pencarian yang dibuat tidak seperti yang diharapkan setelah berjam-jam duduk di depan komputer.
Bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku, perlu ada satu kaedah serta strategi pencarian maklumat yang berkesan untuk memastikan masa yang kita luangkan dihadapan komputer untuk melawat tapak web dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Engin Pencarian
Terdapat lebih dari 200 enjin pencarian yang boleh digunakan untuk mencari maklumat di dalam Internet. Apabila kita ingin memulakan pencarian di WWW, kita mesti terlebih dahulu mengetahui beberapa jenis kaedah pencarian dan merancang dua proses yang penting iaitu mencari enjin pencarian (search engine) yang bersesuaian dan merancang pencarian supaya tapak web yang paling menepati keperluan maklumat muncul pertama sekali dalam senarai hasil pencarian.
Pencarian Direktori dan Indeks
Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan apabila kita membuat pencarian menggunakan enjin pencarian. Anda boleh memilih untuk membuat pencarian samada berasaskan Indeks atau kategori (category-based). Alta Vista, HotBot, Open Text Index dan World Wide Web Worm adalah contoh enjin pencarian yang menggunakan Indeks. Pencarian berasaskan Indeks adalah bersifat luas dan merupakan pencarian dari berjuta tapak web serta artikel yang dihasilkan oleh ‘usenet newsgroup’ dan dihasilkan oleh perisian komputer (computer-generated). Indeks ini dibina oleh 'Web crawler' iaitu program komputer yang mendapatkan kembali fail HTML, mengimbas dan mengindeks semula kandungannya serta mendapatkan fail yang dihubungkan (linked files). Dengan hanya memasukkan kata-kunci dan frasa tertentu kedalam kotak pencarian, anda akan mendapat sejumlah besar tapak web yang mengandungi katakunci pencarian tersebut. Walau bagaimanapun pencarian menggunakan Indeks memerlukan latihan untuk membiasakan diri. Ia memerlukan kita bijak dalam memilih katakunci dan frasa dimana jika katakunci yang digunakan terlalu luas, kita akan diberikan terlalu banyak tapak yang tidak mengikut susunan. Kebiasaannya kita memerlukan 2 katakunci untuk memperolehi tapak yang hampir menepati pencarian. Enjin pencarian yang berasaskan kategori seperti ‘Yahoo’, ‘Magellan’ dan 'WWW Virtual Library' mempunyai kelebihan dimana topik yang dipecahkanadalah mengikut kategori dan dilakukan oleh manusia yang mengenalpasti kategori mengikut perkara tertentu. Ia tidak dihasilkan oleh program komputer seperti pada Indeks.
Direktori menghubungkan senarai tapak Web berkaitan yang dibahagikan mengikut kategori dan sub-kategori. Dengan melihat begitu banyak senarai tapak Web dibawah sesuatu perkara tertentu, anda akan temui tapak web yang dirasakan menepati kehendak maklumat yang dicari. Oleh kerana direktori ini dihasilkan oleh manusia, terdapat ulasan bagi tiap tapak Web yang disyorkan sebagai panduan sebelum memasuki terus tapak tersebut. Contohnya jika anda menggunakan Yahoo dan mencari maklumat mengenai ‘Basketball’, anda mestilah memilih kategori utama yang dipaparkan iaitu ‘Recreation’ dan kemudian anda hendaklah memilih sub-category iaitu Sports dan seterusnya Basketball dari senarai yang dipaparkan. Semua senarai tapak Web yang diberikan oleh Yahoo telah dikenalpasti terlebih dahulu oleh kakitangannya dan maklumat yang anda perolehi sudah pastinya tidak memasukkan tapak Web yang dibina oleh orang perseorangan yang tiada kredibiliti dalam bidang tersebut. Walau bagaimanapun terdapat juga enjin pencarian yang mengabungkan kedua-dua pen-dekatan diatas seperti Excite, Infoseek, Lycos dan WebCrawlers.
Strategi Teknik pencarian maklumat
Teknik mengemukakan pencarian maklumat melalui enjin pencarian juga amat penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Kebiasaannya kita mencari maklumat dengan hanya memasukkan katakunci atau frasa sahaja! Sebenarnya kita juga boleh menggunakan kaedah ‘Boolean’ dalam pencarian tersebut. Kebanyakan enjin pencarian menggunakan kaedah ini tetapi ada juga yang boleh menggunakan simbol yang berbeza. Contohnya adalah Alta Vista yang menggunakan juga tanda + bagi AND dan - bagi NOT. Apakah sebenarnya kaedah ‘Boolean’? ‘Boolean’ bermaksud menghadkan atau mengabungkan skop pencarian dengan mengunakan perkataan yang dikenali sebagai ‘Boolean operators’ iaitu 'AND, OR dan NOT'. 'AND, OR and NOT’ berfungsi menhubungkan antara satu katakunci dengan yang lain manakala ‘AND and NOT’ boleh mengecilkan skop pencarian manakala OR boleh meluaskan skop pencarian. Jika kita memasukkan perkataan ‘internet searching skills’, enjin pencarian akan menganggap kita mencari maklumat bagi ‘Internet OR searching OR skills’. Maklumat mengenai salah satu dari tiap perkataan itu yang terdapat dimana-mana tapak Web akan disenaraikan. Jika kita ingin mendapatkan semua maklumat pula kita harus menggunakan AND iaitu ‘Internet AND searching AND skills’. Enjinpencarian akan hanya mencari tapak web yang mengabungkan ketiga-tiga perkataan yang dicari. Perlu diingatkan bahawa kita mestilah menggunakan huruf kecil bagi menaipkan katakunci melainkan kita ingin mencari nama khas (proper names). Kita juga boleh menggunakan simbol & (ampersand) bagi menggantikan AND.
Selain dari itu kita juga boleh menggunakan tanda ‘quotation’ bagi frasa (phrase) yang mana enjin pencarian akan hanya mencari frasa tersebut. Terdapat beberapa enjin pencarian yang memberikan lebih banyak kemudahan menghad/meluaskan atau menapis pencarian. Alta Vista contohnya memberipilihan mengecilkan pencarian dengan menghadkan tapak Web mengikut jangkamasa tarikh yang tertentu sahaja ataupun mengkelas-kan katakunci mengikut hireki dengan menggunakan simbol (…..) (parenthesis). Beberapa enjin pencarian lain seperti Lycos menggunakan tanda $ bagi pencarian ‘wildcard’ iaitu mencari apa sahaja perkataan mengikut sesuatu katakunci, contohnya ‘comp$’ akan menghasilkan perkataan seperti ‘computer’, ‘computing’ dan lain-lain lagi.
Penilaian maklumat dari Internet
Maklumat yang diperolehi dari Internet perlulah dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya, ketepatannya dan kekiniannya. Terdapat beberapa cara kita boleh menilai samada maklumat yang diterima melalui Internet boleh dipercayai atau tidak.
1. Kenalpasti tapak web yang menepati bidang anda
Kita mestilah melawati beberapa tapak web yang dirasakan berkaitan dengan bidang kita dan kenalpasti tapak yang paling menepati maklumat dibidang tersebut. Untuk memudahkan kita menyimpan alamat tapak tersebut, kita hanya perlu menggunakan kemudahan ‘Add bookmark’. Langkah yang perlu dibuat hanyalah:
- 1. Klik Bookmark dan tetingkapnya akan memaparkan ‘add bookmark’
- 2. Klik ‘add bookmark’ dan tapak Web yang sedang dilawati akan dimasukkan ke senarai Bookmark kita.
Dengan adanya Bookmark ini, apabila kita ingin melawat tapak ini dilain kali, kita hanya perlu klik 'bookmark' dan pergi ke 'View Bookmark' dan klik tapak web yang diingini untuk dihubungkan terus ke tapak tersebut.
2. Kesahihan dan Penanggung-jawab sumber maklumat
Kita mesti memastikan penyumbang kepada tapak web dimana maklumat diperolehi boleh dipertanggungjawabkan atau tidak. Maklumat yang diberikan oleh sesebuah Institusi yang mempunyai reputasi yang tinggi seperti Institusi Pendidikan, Organisai kerajaan, Institusi Penyelidikan tentunya lebih dipercayai dari maklumat yang diberikan oleh individu perseorangan.
3. Kekinian Maklumat dan Jangkamasa Kemaskini
Perlu juga kita menilai samada sesuatu maklumat itu adalah terkini ataupun telah lapuk. Ini dapat dibuat dengan meliha tarikh sesutau maklumat di Web itu disediakan dan tarikh ianya dikemaskini. 4. Isi Kandungan dan Ketepatan Maklumat
Terdapat tapak Web yang pada tajuknya kelihatan seperti menepati maklumat yang kita ingini tetapi kita mestilah memastikan isi kandungannya menepati tajuk/perkara yang dibincangkan. Jangan hanya tertarik dengan tajuk tapak Web yang seperti indah khabar dari rupa!
Kaedah pemindahan maklumat dari WWW
Maklumat yang diperolehi dari WWW boleh juga dipindahkan kedalam bentuk kertas atau disket dan juga boleh di e-mel kepada orang lain. Beberapa kaedah utama yang ringkas diberikan disini sebagai panduan bagi anda yang ingin mencuba. Walau bagaimana-pun pastikan anda tidak melanggar undang-undang hakcipta!!
Mencetak maklumat dari WWW
Bagi memindahkan maklumat ke bentuk kertas, pastikan PC dihubungkan ke pencetak.
- 1. Dari tapak web, klik ‘file’ dan dari tetingkap klik ‘print preview’ untuk melihat draf bahan yang ingin dicetak
- 2. Klik ‘print’ dan klik ‘ok’.
Bagi memindahkan data ke fail lain di PC yang sama atau ke disket. Kita boleh juga berbuat demikian dengan mengikut langkah berikut :
- 1. Dari tapak Web, tekan ‘save as’ dan tetingkap akan bertanya lokasi yang ingin di pindahkan data iaitu ‘save in’.
- 2. Jika kita mahu memindahkan data ke direktori C, nyatakan file didalam direktori tersebut dimana maklumat akan dimasukan.
- 3. Pastikan kita menyatakan format file yang ingin dipindah, samada ‘plain text’, ‘all files’ atau HTML file. Kebiasaannya kita memilih ‘plain text’ untuk membaca maklumat tersebut dalam bentuk teks biasa.
- 4. Klik ‘save’ dan selesai.
Membaca semula fail yang telah dipindahkan.
- 1. Pergi ke Perisian yang dipilih bagi pemindahan maklumat yang telah dibuat.
- 2. Buka nama fail yang telah di ‘save’ tadi dan kini anda boleh membaca atau edit fail tersebut.
c. Kaedah ‘cut’ and ‘paste’
Anda juga boleh meng-gunakan kaedah ini dengan meng-ikuti langkah berikut :
- 1. ‘Highlight’ maklumat yang ingin di salin. Jika anda mahu menyalin kesemua maklumat dalam sesuatu fail, klik arahan ‘select all’ di 'tool bar'.
- 2. Klik arahan ‘edit’ dan pilih ‘copy’ di 'tool bar'.
- 3. Buka mana-mana Perisian Wordprocessing dan buka’ file’ dan pilih ‘new’.
- 4. Klik ‘edit’ dan ‘paste’ maklumat dari tapak web ke fail baru ini.
- 5. Kini anda boleh membaca atau edit fail ini dan jangan lupa untuk ‘save’ fail.
Kaedah e-mel fail
Jika anda melawati sesuatu tapak dan ingin berkongsi maklumat yang diperolehi dengan rakan-rakan yang lain, anda boleh menggunakan kemudahan e-mel yang diberikan oleh ‘browser’.
Kaedahnya ialah :
- 1. Tekan ‘file’ dan pilih ‘mail document’ dari tetingkap.
- 2. Isikan maklumat alamat e-mel dalam kotak yang disediakan
- 3. Tekan arahan ‘send’.
Kesimpulan
Maklumat yang terlalu banyak di WWW merupakan satu peluang baik bagi kita untuk menambah maklumat bagi kerja penyelidikan dan membuat 'assignment' yang sedang dijalankan. Ia juga mungkin merupakan cabaran yang harus di tangani dengan bijak dengan membuat penilaian yang sewajarnya disamping turut menguji kesabaran kita dalam menunggu maklumat dipaparkan di skrin. Adalah amat penting membiasakan diri menggunakan WWW kerana hanya dengan latihan sahaja kemahiran dapat diperolehi.
No comments:
Post a Comment